Friday 21 October 2011

Institut Ilmu Hadis


Bismillah...
Alhamdulillah, hujung mggu ari tu aku diberi peluang oleh Allah swt utk join satu prog
talaqi kitab di Janda Baik, Pahang... Prog ni akn diadakn setiap hujung mggu selama 4 taun..
huhuhu... lame giler... tp xper, ilmu punyer pasal... Peserta tu adalah dlm 12-13 org
(sepatutnya ramai lgi tp bese laa student...)dan hampir semua peserta dari UM dan aku sorg je
wakil UIA (malu giler..) tp xper, ilmu punyer pasal... huhuhu
Prog tu start Jumaat mlm sapa tghari Ahad... Satu klas/slot lebih kurang 1 jam setengah...

Nie gambo mse ari gi tgok tmpat.. ramai jer.. last2...

Monday 17 October 2011

Serban

Serban(العمامة)
- kain yg dilipat dan dililit di atas kepala mengelilingi kopiah. Biasanya pemakaian
serban ialah dengan cara melilitkannya pada kopiah.
- serban adalah sunnah secara pasti.

Dalil:
1) Jabir RA berkata: دخل النبي صلى الله عليه و سلم مكة يوم الفتح و عليه عمامة سوداء
"Nabi memasuki kota Makkah ketika hari pembebasannya dengan memakai serban hitam"
(diriwayatkan di dalam sahih muslim, sunan abu daud, sunan ibnu majah, sunan at-Tirmizi
& sunan an-Nasa'i)
2) Amr bin Harith berkata: رأيت على رأس رسول الله صلى الله عليه و سلم عمامة سوداء
"Aku melihat di atas kepala Rasullah serban hitam"
(Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah, Sunan Abu Daud & Sunan an-Nasa'i)
3) Amr bin Harith juga berkata: إن النبي صلى الله عليه و سلم خطب الناس و عليه عمامة سوداء
"sesungguhnya Nabi berkhutbah dan di atas kepalanya serban berwarna hitam"
(Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah & Sunan Abu Daud)

Jenis Serban Rasulullah:
1)Muhannakah: serban yang selalu dipakai oleh Baginda
2)Baidha'(warna putih): serban yang selalu dipakai oleh baginda
3)Aswad: serban yang dipakai Baginda ketika hari perayaan
4)Zar az-Zu'abah: serban yang jarang dipakai oleh baginda

Ukuran serban:
1)Imam Nawawi: Rasulullah mempunyai 2 helai serban; satu berukuran kecil 6/7 hasta
dan satu lagi 12 hasta

Warna:
Hitam, kuning, putih





Source:
Sheikh Muhadir Haji Joll

Wednesday 12 October 2011

Kuliah Tafaqquh MC







  
 ni homemade punyer poster... bukan poster rasmi...tempat & masa tertakluk pd prubahan.......
  

















Friday 7 October 2011

Hizbut Tahrir

Golongan Hizbut Tahrir telah diasaskan oleh Taqiyyuddin al-Nabahani (w.1400H). Beliau berasal dari Palestin kemudian berhijrah ke Lubnan pada tahun 50an. Beliau telah mendakwa dan mengaku sebagai seorang ahli ijtihad dengan mentafsirkan ayat-ayat suci al-Quran mengikut kefahamannya jelas salah serta tidak selari dengan ajaran agama. Kebanyakkan ajarannya didapati bertentangan dengan al-Quran, Hadis  serta Ijma', sama ada dlm masalah usul (aqidah) mahupun furu' (fekah dan ibadah).