Monday, 26 September 2011

Siasatul Islamiyyah

Dalam bahasa Arab, politik disebut dengan nama siasah.
Siasah bermaksud memerintah, mentadbir atau memimpin. Siasah adalah satu daripada
ketetapan Allah yang menjadi keperluan semulajadi makhluk hidup bermasyarakat.
Dalam AlQuran, Allah ada menyebut perkataan Khalifah.

 "Dan ingatlah semasa Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:

Sesungguhnya aku jadikan di bumi itu khalifah."


Mufassirun mentafsirkan KHALIFAH di sini dengan perkataan SIASAH dan IMAMAH yang
bermaksud memimpin dan mentadbir urusan dengan ajaran agama Islam...

Nabi Muhammad berkata,
 "Adalah kaum Bani Israel itu, yang menjalankan siasah (melaksanakan tugas pemimpin
politik) mereka ialah para Anbia. Setiap kali mati seorang nabi diganti dengan seorang
nabi berikutnya, dan bahawasanya tiada lagi nabi selepas ku, dan akan ada para Khalifah
(pemimpin yang mengganti), maka mereka ramai.

Para Sahabat bertanya : maka apakah perintah Rasul Allah kepada kami, yang wajib kami
lakukan?

Nabi Muhammad berkata: maka tunaikan janji taat kepada yang lebih dahulu dilantik, berikan
kepada mereka hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka, maka sesungguhnya Allah akan
menyoal mereka, berkenaan mereka diperintah supaya memimpin."

Politik menjadi sebahagian daripada Islam telah menjadi persetujuan seluruh sarjana Islam
(Ijmak), para sahabat nabi dan genrasi selepasnya (Tabi'en) dan Imam-Imam Mujtahidin.
Bahkan Hujjatul Islam, Imam AL-Ghazali meletakkannya dalam kitab Aqidah...

......................................................................................

Sesetengah orang cube untuk menolak terlibat dengan sistem politik demokrasi yang diamalkan
di negara kita ini dengan memberikan alasan bahawa politik ini kotor. Benda yang kotor
tidak patut bercampur dengan Islam...

Jawapan aku adalah mudah. Kalau baju kite itu kotor, apa yang akan kita lakukan??
sudah tentu kite akan membasuhnya dengan sabun, right?! So, begitu juga dengan Politik.
Kalau Politik itu kotor, "sabun" yang paling berkesan untuk membasuh Politik ialah
ISLAM..



Well till next time then....

Rujukan:
Islam dan Demokrasi, Tok Guru Haji Hadi Awang

No comments: