Wednesday 8 June 2011

Mahathir hina Islam...

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
 “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang
disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai
nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada
kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga
orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town),
dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997
yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap
oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun
mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat
termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama.
Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan
kuasa”.

No comments: